Kini kau boleh menonton Movies & TvShow di Youtube
Youtube melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan secara rasminya Channel TV Shows dan juga Movies [via Youtube blog]. Mungkin mahu menyaingi laman TV Show video sharing terkenal HULU.com.
Mengikut blog rasminya, Youtube telah bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Crackle, CBS, MGM, Lionsgate, Starz dan lain-lain bagi melengkapkan laman video mereka dengan pelbagai drama dan juga movie.

Sehingga Entri ini ditulis, bagi network youtube di Malaysia, masih lagi tiada hyperlink untuk melihat video-video tersebut. Jadi jika kau beria-ia mahu menontonya sekarang sila klik pautan Shows atau Movie ini.
Tetapi bagi kita di Malaysia Youtube mengehadkan sesetengah Video seperti Movies dan Documentari untuk ditonton, mungkin channel2 ini masih diperingkat beta khas untuk penonton di US sahaja aku tidak pasti.
Jadi jika kau mahu tonton Movies dan TV Show yg lama dan baru pastikan ke youtube (jgn lakukan perkara ini jika anda masih lagi di dalam mode memboikot produk Yahudi. Sekian!)






