Aug 6

Kebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan.

Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! Jika isu royalti minyak ini tidak selesai sehingga Mac tahun depan, maka, kita semua akan tahu bagaimana untuk “menghiburkan” para Pegunjung semasa Acara Formula 1 dilangsungkan di Sepang nanti.

PETRONAS boleh berbangga dengan pencapaian dalam pembangunan negara ini, tetapai PETRONAS tidak dapat menutup “kebusukan” mereka merompak hak rakyat Kelantan!

“Misi Royalti Kelantan 2009″, bermula apabila perlepasan 70 rakyat untuk pergi melawat ke tapak pelantar PETRONAS di Terminal Utama Blok A18 Cakerawala. Dua buah bot meninggalkan jeti Pengkalan Kubur sekitar 10pagi, selepas perlancaran yang diketuai Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dua bot ini termasuklah 50 orang terdiri daripada para Blogger dan Wartawan Media, Pegawai Kerajaan Negeri dan wakil politik.

Manakala sebuah lagi bot membawa 20 orang meninggalkan Pengkalan Jeti Tok Bali, memuatkan Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Speaker Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Trip to Cakrawala_0024

Trip to Cakrawala_0063Meninggalkan Pengkalan Kubur

Trip to Cakrawala_0082

Trip to Cakrawala_0125Perjalanan sebenar bermula! Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...