Isu Royalti Petroleum, Ekspedisi ke Pelantar Cakerawala
Kebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan.
Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! Jika isu royalti minyak ini tidak selesai sehingga Mac tahun depan, maka, kita semua akan tahu bagaimana untuk “menghiburkan” para Pegunjung semasa Acara Formula 1 dilangsungkan di Sepang nanti.
PETRONAS boleh berbangga dengan pencapaian dalam pembangunan negara ini, tetapai PETRONAS tidak dapat menutup “kebusukan” mereka merompak hak rakyat Kelantan!
“Misi Royalti Kelantan 2009″, bermula apabila perlepasan 70 rakyat untuk pergi melawat ke tapak pelantar PETRONAS di Terminal Utama Blok A18 Cakerawala. Dua buah bot meninggalkan jeti Pengkalan Kubur sekitar 10pagi, selepas perlancaran yang diketuai Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dua bot ini termasuklah 50 orang terdiri daripada para Blogger dan Wartawan Media, Pegawai Kerajaan Negeri dan wakil politik.
Manakala sebuah lagi bot membawa 20 orang meninggalkan Pengkalan Jeti Tok Bali, memuatkan Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Speaker Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Bot dari Jeti Tok Bali adalah yang pertama tiba di Kompleks Utama Cakrawala Platform di Blok A18, Joint Development Area(JAD). Mereka tiba sekitar jam 5 Petang.
manakala 2 bot lagi(yang dinaiki kami) tiba sekitar jam 11 malam dan berada di sana selama 2 jam. Bot pertama yang mengambil masa yang singkat tidak lebih 10 jam, manakala bot kami yang sedikit keuzuran mengambil masa lebih 26 jam untuk selamat tiba kembali ke Jeti Pengkalan kubur pada pkul 3.30 petang keesokan harinya.
Tok Guru Nik Abdul Aziz berada di Pengkalan untuk menyambut kami, ianya membuatkan kami berasa seperti Hero. Atau juga seperti Hero “Mabuk”?
Blogger Perisik Rakyat taking cover
kepada pekerja di pelantar, diharapakan suatu hari nanti kita boleh naik ke platform anda, bersalam dan berbual, betapa bangganya kami dengan anda semua kerana membangunkan kawasan ini. dan mungkin anda membenarkan kami mengibarkan Bendera Kelantan bersama2 bendera Malaysia dan thailand.
——————————————————————————————–
Rakyat Kelantan pertahan hak dapat royalti – MB
TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) – Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.
Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini.
Manakala rombongan anggota Exco, Dato’ Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat.
Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti.
Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.
“Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka.
“Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah,” katanya.
Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka.
Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan
Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.
Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato’ Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.
Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.
Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.
Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.
“Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.
“Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali,” katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.
Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.
“Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.
“Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu,” ujarnya.
Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.
Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.
“Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat,” ujarnya.
Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.
Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini.
Artikel asal oleh: Kickdefella
cerita lanjut: http://perisik-rakyat.com/















