Tembakan Ramadhan – Nirvana Memorial Park
Ahad lepas aku dan Pejal ke Seksyen 19 dan 23, Shah Alam, dalam misi melawat tapak kuil yang cukup kontroversi. Isu menyebabkan segerombolan extremis bangsa (baca AMNO walaupon dinafikan kita mesti palitkan mereka dengan isu ini) mereka sanggup “membakar sentimen perkauman” dengan melakukan Demonstrasi Kepala Lembu berdarah.
Sehingga lewat petang kami disana, beransur kemudian ke Pasar ramadhan di seksyen 20 sambil mencarik kedai mamak utk berbuka.
Tiba2 kami terpandang satu signboard besar “Shah Alam Memorial park”. Betul-betul bertentangan dengan kilang mega Panasonic.
Dan ini hasilnya, tembakan demi tembakan dilepaskan, taman yang dikenali sebagai Nirvana park adalah kawasan perkuburan elit yang dibangunkan oleh NVMC Group Of Company menelan belanja jutaan ringgit, ianya dalam peringkat akhir sebelum dibuka untuk kunjungan umum.
Landskap yg cukup kool dan menenangkan, disamping Memorial Penganut Buddha, Kawasan memorial bagi Penganut Hindu juga dibagunkan disini dan dibahagian belakangnya pula perkuburan bagi umat islam.
Kepelbagaian inilah yang menjadi Malaysia bergitu unik. Dan Aku tidak faham, mereka yang mempolitikkan isu perkauman demi survival bangsa.
Psst: Kami hanya sempat menembak Buddha Nirvana park, kerna masa berbuka hampir tiba…Tonton lagi galeri selepas ini







