Ucapan hari raya, yang tidak tipikal
Aku cuba lari daripada tajuk Tipikal hampir kesemua blog seperti “Selamat Hari Raya daripada <masukkan nama blog kau>.com”…okeh fine mungkin aku gagal…!
Apa-apa pun senarai pengampunan tahun ini sudah dikeluarkan. kepada rakan2 yang gagal namanya disenaraikan sila cuba lagi tahun depan, atau kau boleh mencuba semasa ulangtahun kelahiran aku nanti.
Terima kasih yang menghantar SMS, dan aku mintak maaf kerana tidak mengenali nombor kalian, hanpon baru kecurian beberapa hari menjelang lebaran.
Okeh, Tahun ini, seperti raya beberapa tahun lepas, aku tidak membuat apa-apa persiapan, raya aku cukup simple tp tidak se-horror tahun lepas. Baju melayu masih lagi warisan asal semasa aku menuntut di Sekolah Menengah 6 tahun lepas.
Apapun selamat hari raya, dan aku bertekad utk mengadakan operasi rampasan mercun tahun ini, apakes? anak buah umur 5 tahun sudah pandai main mercun bola. Aku rasa ini adalah kesan dasar kerajaan yang mengharamkan mercun sehingga anak2 kecil terpaksa tertanya2 apa itu mercun bola <—hek eleh yg ni pon nak salahkan kerajaan!!!
Okeh kad raya seperti ini..okeh fine, aku rembat dari facebook..selamat hari raya kawan2!!







