Mar 8
Hujung minggu yang hebat!
Posted by Truckster in Aku & Pengalaman on 03 8th, 2009| | 1 Comment »

Semalam selepas meeting ntuk Projek Internet Marketing terbaru (codename: Mass Control 2.0) bertempat di Times Square, aku terus merempit(actually naik LRT) ke Masjid Negara untuk sesi shoot moment paling hot tahun ini,

“Demonstrasi Rakyat Membantah PPSMI.”

Hampir 20 ribu masyarakat pelbagai kaum, Pejuang Bahasa, Aktivis, Mahasiswa dan rakyat marhean turun ke jalanan membantah perlaksanaan dasar yang bakal menguburkan Bahasa Melayu warisan Ibunda. Apa yang membanggakan adalah hampir 70% dari peserta perhimpunan adalah Anak Muda. Ini cukup membuktikan kesuburan satu Perjuangan!

Bak kata Blogger Isham Rais  

“hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana
dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.” ”Satu perjuangan tanpa kelibat Anak Muda ibarat Perjuangan yang tidak Kool & akan berkubur tanpa nesan!”

Psst: Ditembak “Tear Gas” di depan mesjid negara & Hood Sony DSLR aku pecah, cukup hebat penangan FRU BolehLand.

Antara Shot menarik, yang sempat di tembak:


demo_anti_ppsmi-0159

demo_anti_ppsmi-0117

lebih kurang 8 orang Polis dikepung para demostran. 

demo_anti_ppsmi-0063

Pak Said Janggut, dengarnya turut terkena “Tear Gas FRU” di Jalan menuju Istana

the crowd.

Pop Kuiz: Jika kau hebat. Cuba cari perbezaan 2 gambar di bawah ini?


Dan ini….

 

Bagaimana pendapat kau…??

yang ganas dan yang ganas
dimana mana pun sama
mengabdi kepada kuasa
yang ganas dan yang ganas
membawa kezaliman dimana mana
gerombolan zionis
zionis gerombolan
tidak ada beza bentuknya

(TT)

Feb 24

Myvians @ Autoshow, 22 Februari 2009…. antara scene yg sempat ditembak

Myvians@UITM_Autoshow-0001 by you.

Myvians Family

1Myvians Family by you.

Check point @ Dataran Shah Alam, just before the Convoy…About 40+ Myvis are gathering here. Kool moment!!

3 wakil dari Myvians…

Myvians@UITM_Autoshow-0231 by you.
Myvians@UITM_Autoshow-0186 by you.
Myvians@UITM_Autoshow-0267 by you.
Myvians@UITM_Autoshow-0045 by you.

Wakil Gen2 club

Myvians@UITM_Autoshow-0193 by you.

Drift

Myvians@UITM_Autoshow-0338 by you.

Myvians@UITM_Autoshow-0222 by you.

Myvians@UITM_Autoshow-0208 by you.

Feb 20
Hey!! aku kembali
Posted by Truckster in Aku & Pengalaman, Daily craps, Yang Menarik on 02 20th, 2009| | 4 Comments »

Okeh kita lupakan tentang kehilangan aku selama beberapa minggu hari sebelum ini, kesibukan Projek Internet Marketing, Cirle kami Area51 melancarkan satu lagi projek terbaru. Yang pasti pulangannya cukup berbaloi. Aktiviti inilah yang menghalang masa aku dari mengetuk keyboard ntuk entri update blog mengarut ini….Okeh Apa khabar adik-adik? kau sehat?

Kali ini dengan DSLR baru.

Okeh, Hobi fotografi semakin berkembang, walaupun tidak berbakat aku menaruh minat, and willing to learn. jadi minggu lepas ada ke Sungei Wang bikin survey, Chan mencadangkan Brand Sony. Usha & tertarik dengan SONY Alpha A200K dengan spec 2008 terkini, 10.2MP dan lense 18-70mm, Image Stabilizer + VR aku rasa sudah cukup untuk menafikan model D60 dari Jenama Nikon, jadi tanpa ragu-ragu mengeluarkan sen untuk angkat. Aku tidak mempunyai gambar Kamera DSLR tersebut. Jadi gunakan kelebihan minda kamu imagine sendiri. Bagaimana kamu fikir, sebuah Kamera boleh mengambil gambarnya sendiri? jgn jadi gila!!!

Fakta menarik: Chan mendakwa dirinya mempunyai talian persaudaraan dengan Pengasas Sony. Aku sendiri tidak dapat mengesahkan! dari riak wajahnya dia kelihatan serius ketika membuat dakwaan tersebut.

Fakta menarik 2: Chan adalah seorang Melayu Tulin. Sekian!

 

Myvians ke UITM Autoshow

avatar

Ahad ini, Kelab Engineering akan organize Autoshow di Dataran UITM, dengarnya geng Myvians seramai lebih 50 orang mahu turun berkonvoi. Selamat datang kawan-kawan!!! tembakan tepat akan diberikan sebagai sambutan.

Psst: Foto diatas ini adalah konvoi ke Putrajaya pada December lepas.

Camping KRESMA di Sungai Chiling, K.Kubu Baru

Minggu lepas aku berkesempatan Camping di Sungai Chiling K.Kubu Baru, anjuranKRESMA UITM (Kelab Rekreasi UITM), yang secara tidak sengaja aku terjoin sekali. Tempatnya sangat sejuk pada sebelah pagi. Secara sahnya aku fikir tidak mungkin lagi mandi pagi sebagai rutin harian jika berterusan berada di sana. Apa yg penting tempat ini ada satu Air Terjun yang cun, itu yang penting.

aintro

Seperti kejadian biasa, dapatlah aku mengenali beberapa Orang Gadis serta teman-teman baru. Mereka sangat kool dan pintar. Sebagai ketua kumpulan aku bangga dengan mereka, kumpulan kami memenangi Explorace, War Game, dan juga 2 orang peserta terbaik dari kumpulan kami. Okeh apa untuk aktiviti Camping syok sendiri!

copy-of-sgchilling

Antara scene yang sempat ditembak……..

Psst: Foto sudah di upload..Klik sini untuk download (300+ photos, 22MB-Converted)


Jan 29

Dapatkah adik2 meneka? apa aktiviti yang gua sedang laukan ini? ? Actually gua baru pulang ke  Kelantan untuk ber “holiday” sempena Chinese New Year, kepada semua kawan2 Chinese,  Konsifacai!!!!. Aktiviti ini gua tidak pernah miss tiap2 tahun…

asura2

Read the rest of this entry »

Jan 12

Hackers Islam mula bertindak…

Israel meneruskan kekejaman mereka, menerusi misi menyembelih masyarakat Islam Palestin buat minggu kedua berturut-turut, kelesuan barisan Pemimpin Negara Arab disekelilingnya dalam menyelesaikan konflik berdarah ini perlu dipandang serius,mereka nampaknya gentar sekali dengan Amerika yang menjadi dalang disebalik kezaliman Rejim Zionis terbabit. Tindakan oleh ”pihak lain” mesti diambil untuk menghentikan kekejaman ini……

Apa yang menarik sepanjang misi kekejaman ini dilancarkan, Hackers dari Negara Islam, seperti Lebanon, Morocco, Iran, Algeria,dan Turkey memulakan kempen “peperangan online” mereka. 48 jam selepas pengeboman pertama lebih 300 laman berpusat di Israel berjaya diceroboh. Sehingga kini beribu-ribu website milik Israel berjaya ditembak & di defaced.Pihak keselamatan Siber di Amerika juga mengeluarkan arahan berjaga-jaga bagi laman-laman mereka. Target mereka bukan sahaja website syarikat perniagaan milik zionis, tetapi membabitkan juga laman web kerajaan, perbankan dan agensi pertahanan Israel. Mengikut salah seorang Hacker, menggunakan nama T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar Al Arabia sasaran utama mereka adalah Laman Berita, perbankan, pertahanan dan laman milik Kerajaan Israel.

Teknik yang digunakan.

Mengikut pengalaman aku teknik2 yang digunakan oleh mereka dinamakan “Cross site scripting” dimana mereka juga  memanipulasi teknik SQL injections untuk “crack” query yang sedang berjalan terhadap server hosting website terbabit. kod ”Skrip Malicious” didalam bentuk javascript di “inject” pada browser seterusnya menuju kedalam query database sesuatu laman.

Teknik ini secara serius tidak dapat mengapa-apakan sistem rangkaian(Networking) & Databases yang lebih advance seperti “Sistem Pertahanan Israel”. Untuk lakukan ini mereka memerlukan masa untuk crack firewalls & menyelesaikan “puzzle security algorithm”, aku rasa dengan kerjasama, khususnya pertolongan para genius hackers dari Indonesia (Indonesia sememangnya terkenal dengan para pengodam yang handal),misi ini dapat dilakukan tanpa masalah.

Jika ”pencerobohan sistem” ini berjaya dilakukan, seluruh sistem pertahanan canggih Israel akan lumpuh Barisan Roket Pemusnah, Jet Pejuang & Jet Pengebom mereka adalah di kontrol oleh sistem pertahanan yang canggih ini. Dapat anda bayangkan jika kita berjaya mengkontrol bahan pemusnah mereka seperti senjata nuklear dan meletupkan terus ditempat simpanan mereka?? INILAH DIKATAKAN PEPERANGAN SIBER YANG SEBENAR!!! ini bukan fantasi….

Peperangan siber ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai cara, diambil contoh seperti yang berlaku dalam babak Filem “Die Hard 4.0″ yang mana digambarkan Pihak Pengganas pakar menguasai “Teknologi Siber” mengugut Presiden Amerika untuk meletupkan Bom Nuklear sesudah mereka menguasai dan mengawal keseluruhan Sistem Pertahanan Negara itu. Digambarkan juga pihak Pengganas Siber ini yang melakukan operasi mereka secara “Bawah tanah”, berjaya menguasai sumber utama Tenaga & Telekomunikasi Amerika seterusnya melakukan “Shut Down” kepada sistem tersebut menyebabkan seluruh negara lumpuh & berjuta rakyat Amerika mengalami kegelapan tanpa bekalan elektrik. Bayangkan jika itu berjaya dilakukan oleh Barisan “Tentera Jihad Cyber” terhadap Israel Laknatullah.

 Kesimpulan.

Apapon melakukan defaced terhadap laman utama website Agensi Pertahanan & Perbankan Israel, sudah dikira agak hebat juga. Defaced yang dilakukan antara lain memaparkan gambar2 serta kekejaman Rejim tentera zionis, serta perkataan2 yang mencabar mereka. Ini aku rasa cukup berjaya untuk menyampaikan mesej persaudaraan Islam melangkaui sempadan. Mereka cukup berkerja keras, mengikutlaporan hampir 10,000 website Israel berjaya di hack, ini sesuatu yang membanggakan dimana seorang hackers berkerja keras untuk paling kurang pon berjaya melakukan attack kepada lebih 100 websites.

Aku mencadangkan mereka untuk turut melakukan deface terhadap lama CNN yang jelas media propaganda Zionis. Dapat anda bayangkan laman sehebat CNN yang dilayari berjuta orang pada satu2 masa terpapar gambar kekejaman tentera zionis menyembelih kanak2, wanita, orang tua serta orang awam yang tidak berdosa??

Psst: masih ternanti-nanti tindakan Team Hackers dari Malaysia & Indonesia? Cuc!Ot@k & SpyCRackers mana kau menghilang?

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...