Browse > Home / Archive by category 'Daily craps'

| Subcribe via RSS

Ucapan hari raya, yang tidak tipikal

September 19th, 2009 | No Comments | Posted in Daily craps, Yang Menarik

Aku cuba lari daripada tajuk  Tipikal hampir kesemua blog seperti “Selamat Hari Raya daripada <masukkan nama blog kau>.com”…okeh fine mungkin aku gagal…!

Apa-apa pun senarai pengampunan tahun ini sudah dikeluarkan. kepada rakan2 yang gagal namanya disenaraikan sila cuba lagi tahun depan, atau kau boleh mencuba semasa ulangtahun kelahiran aku nanti.

Terima kasih yang menghantar SMS, dan aku mintak maaf kerana tidak mengenali nombor kalian, hanpon baru kecurian beberapa hari menjelang lebaran.

Okeh, Tahun ini, seperti raya beberapa tahun lepas, aku tidak membuat apa-apa persiapan, raya aku cukup simple tp tidak se-horror tahun lepas. Baju melayu masih lagi warisan asal semasa aku menuntut di Sekolah Menengah 6 tahun lepas.

Apapun selamat hari raya, dan aku bertekad utk mengadakan operasi rampasan mercun tahun ini, apakes? anak buah umur 5 tahun sudah pandai main mercun bola. Aku rasa ini adalah kesan dasar kerajaan yang mengharamkan mercun sehingga anak2 kecil terpaksa tertanya2 apa itu mercun bola <—hek eleh yg ni pon nak salahkan kerajaan!!!

Okeh kad raya seperti ini..okeh fine, aku rembat dari facebook..selamat hari raya kawan2!!

kad raya

Ke PWTC menonton Perhimpunan UMNO, Membawa satu misi Rahsia

April 2nd, 2009 | 3 Comments | Posted in Aku & Pengalaman, Daily craps

Khamis lepas….Gua besama Syafik pergi menonton perhimpunan Gerombolan United Malays National Organization, ramai para gedebe dapat dilihat kesana-dan kemari, menyebar retorik mungkin??

Kami Mendapat dua tag untuk dipakai bertulisan nombor calon 08 (calon vice President) – Hishamuddin Tun Hussin

Syafik dengan tanpa membuang masa memakai tag tersebut untuk menunjukkan “sokongan padu” kepada Hisham Keris…beliau sempat berteriak sakan “Hidup Hisham!! dan mengeluarkan slogan perkauman sempit UMNO seperti Hidup Melayu!! jgn cabar melayu!! dan jangan cabar Sultan Melayu!! 

kah kah kah!! aku hanya mampu tersenyum!! sorry guys aku tidak dapat menyelamatkan dia pada malam itu..Motif utama beliau adalah mahu mencium tangan Najib Razak dan Bik Mama, tapi puas ditunggu sehingga lewat malam, Najib tidak jugak muncul2….damnn!!!

Kelihatan sekumpulan geng Mohawk  tidak ketinggalan berada di dalam PWTC..cool dude!!

Sekumpulan kanak-kanak  (or maybe remaja sekolah)….memakai TShirt memaparkan gambar Azalina Othman Said dan nombor pencalonan 21, aku hairan dan tertanya-tanya rombongan dari sekolah mana mereka ini datang

Puteri UMNO usah cerita bersebaran……

Segerombolan makcik Chubby mungkin dari Perlis?..memakai Vest bernombor 24 (calon MT – Shahidan Kassim)…

 

Psst: dengar cerita UITM menghantar 1 bas wakil mahasiswa….untuk apa yaa?

Apa hamjaddahnya Earth Hour?

March 28th, 2009 | 2 Comments | Posted in Daily craps

Ada sorang kawan gua bertanya apa hamjaddahnya Earth Hour??

jawapan aku:  Relax Sudaaa!!

 

earth-fb

Dapat Emel dari Maybank2u, apa perlu kau buat?

February 28th, 2009 | 7 Comments | Posted in Daily craps, Internet, WTF Moment

Semalam bangkit dari tidur untuk ke kuliah, aku menerima sekeping emel surat elektronik. Okeh Aku share untuk tatapan korang….

Emel dari Maybank2u@security.com.Yang melaporkan Server Banking Maybank di serang D-DOS Attack!!..Kesian betul sistem server sehebat Maybank2u pon diserang D-DOS….canggih betul Firewall Maybank..?

maybank-fake

Dan ini balasan aku untuk mereka….mungkin kau juga akan lakukan benda yg sama kan? Awas: Adik2 penggunaan perkataan mencarut adalah dilarang sama sekali, kecuali didalam situasi seperti yg aku hadapi ini..

maybank-fake2

 

Inilah Dinamakan Phishing

Dari sedikit analysis yang aku lakukan. Hosting Website Phishing ini berada di domain: http://mailgate.hardide.com yang di directkan kepada IP: http://61.33.195.210 

IP ini pula adalah berpusat di Seoul, Korea.

ip

Dari WHOIS juga aku dapat detect yg domain hadide.com juga sudah di locked. Bagaimana As*hole ini menggunakan subdomain masih lg menjadik tanda tanya?

Satu emel aku hantar kepada Security Maybank2u untuk melaporkan aktiviti Fishing terbaru ini, Pihak Maybank2u sememangya bertindak pantas dalam setengah jam sahaja akses IP tersebut sudah di Block. Aku tidak pasti mungkin sudah ramai menjadi mangsa dengan  aktiviti phising terbaru ini. Aku harap tidak ada yang sempat menjadik mangsa.

 

Moral of the story

Perhatian yaa adik2 Polisi Maybank2u tidak akan sekali2 menghantar Emel kepada pelangganya, ini adalah salah satu teknik jenayah siber yang dipanggil “Phishing”.

Jika mengikut semua arahann emel tersebut:

1) Login ke Account Maybank, request TAC.

2) Logout, then ke salah satu domain yang diberikan (domain ini sebenarnya mengandungi website “Phishing” yang seakan2 Interface Maybank2u).

3) Jika anda login & memasukkan TAC, seperti yang diarahkan….maka dalam sekelip mata anda akan jatuh miskin..

Jangan sesekali terpengaruh dengan Email dari Maybank2u….

Tags: , ,

Hey!! aku kembali

February 20th, 2009 | 4 Comments | Posted in Aku & Pengalaman, Daily craps, Yang Menarik

Okeh kita lupakan tentang kehilangan aku selama beberapa minggu hari sebelum ini, kesibukan Projek Internet Marketing, Cirle kami Area51 melancarkan satu lagi projek terbaru. Yang pasti pulangannya cukup berbaloi. Aktiviti inilah yang menghalang masa aku dari mengetuk keyboard ntuk entri update blog mengarut ini….Okeh Apa khabar adik-adik? kau sehat?

Kali ini dengan DSLR baru.

Okeh, Hobi fotografi semakin berkembang, walaupun tidak berbakat aku menaruh minat, and willing to learn. jadi minggu lepas ada ke Sungei Wang bikin survey, Chan mencadangkan Brand Sony. Usha & tertarik dengan SONY Alpha A200K dengan spec 2008 terkini, 10.2MP dan lense 18-70mm, Image Stabilizer + VR aku rasa sudah cukup untuk menafikan model D60 dari Jenama Nikon, jadi tanpa ragu-ragu mengeluarkan sen untuk angkat. Aku tidak mempunyai gambar Kamera DSLR tersebut. Jadi gunakan kelebihan minda kamu imagine sendiri. Bagaimana kamu fikir, sebuah Kamera boleh mengambil gambarnya sendiri? jgn jadi gila!!!

Fakta menarik: Chan mendakwa dirinya mempunyai talian persaudaraan dengan Pengasas Sony. Aku sendiri tidak dapat mengesahkan! dari riak wajahnya dia kelihatan serius ketika membuat dakwaan tersebut.

Fakta menarik 2: Chan adalah seorang Melayu Tulin. Sekian!

 

Myvians ke UITM Autoshow

avatar

Ahad ini, Kelab Engineering akan organize Autoshow di Dataran UITM, dengarnya geng Myvians seramai lebih 50 orang mahu turun berkonvoi. Selamat datang kawan-kawan!!! tembakan tepat akan diberikan sebagai sambutan.

Psst: Foto diatas ini adalah konvoi ke Putrajaya pada December lepas.

Camping KRESMA di Sungai Chiling, K.Kubu Baru

Minggu lepas aku berkesempatan Camping di Sungai Chiling K.Kubu Baru, anjuranKRESMA UITM (Kelab Rekreasi UITM), yang secara tidak sengaja aku terjoin sekali. Tempatnya sangat sejuk pada sebelah pagi. Secara sahnya aku fikir tidak mungkin lagi mandi pagi sebagai rutin harian jika berterusan berada di sana. Apa yg penting tempat ini ada satu Air Terjun yang cun, itu yang penting.

aintro

Seperti kejadian biasa, dapatlah aku mengenali beberapa Orang Gadis serta teman-teman baru. Mereka sangat kool dan pintar. Sebagai ketua kumpulan aku bangga dengan mereka, kumpulan kami memenangi Explorace, War Game, dan juga 2 orang peserta terbaik dari kumpulan kami. Okeh apa untuk aktiviti Camping syok sendiri!

copy-of-sgchilling

Antara scene yang sempat ditembak……..

Psst: Foto sudah di upload..Klik sini untuk download (300+ photos, 22MB-Converted)