Dec 27

Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad ni? Kami sebagai Blogger membuat sedikit penyiasatan dan hasilnya…

Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Dengan “berani mati”. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Adibah Ahmad (gambar) memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya apa yang dapat dibuktikan disini, blog tersebut ditulis oleh orang cina. Kalau kita lihat betul-betul cara penulisan dia pun, pelat-pelat melayu-cina masih ada.

Apa yang menguatkan penyiasatan  ini? Ok.. kalau anda masuk blog Adibah Ahmad tu, dia siap kasitahu lagi siapa nak berkenalan boleh hubungi dia di talian 03-5566 3800.. Well, nombor itu dah pun disahkan sebagai milik syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

Ok, mari kita lihat satu profile Friendster yang dilinkkan di laman blog terbabit. Apabila di klik terpampang Azahar Mohd (tuan page) menulis company dia bekerja sebagai Auto Bavaria Malaysia, BMW. Nyatanya nombor telefon yang diletakkan di blog tersebut adalah milik Auto Bavaria Malaysia, BMW. Selain tu, owner friendster tu jugak ada upload gambar dengan title “Cina Babi”. Dan lihat di “Who i want to meet”, tertulis nama Adibah Ahmad di situ sebagai secretary kepada Azahar Mohd. Di bawah adalah profile Friendster Azahar Mohd yang telah di save dalam bentuk gambar.


* klik gambar untuk paparan yang jelas…

Kemungkinan profail Friendster ini juga di”create” oleh pihak terbabit, untuk mencetuskan rasa benci Read the rest of this entry »

Dec 18
Game hebat: Sock and Awe, kau musti main
Posted by Truckster in Internet on 12 18th, 2008| | 4 Comments »

POPJam datang lagi!!!! (buat sebutan gaya iklan: “TORA datang lagi!!!”) dengan game terbaru, sempena “WTF moment of the year” yang berlaku 14 December lepas..ayuhh perkenalkan:

bushshoegames1

kau bleh klik sini untuk main.

Anda boleh menggantikan tempat Muantadar Alzaidi, sebagai pembaling kasut kepada Presiden Bush, jangan risau kau tidak akan ditahan dan dikarate sehingga patah tulang rusuk.Objektif game ini adalah membaling sebanyak mungkin kasut sehingga mouse atau jari anda hancur, cukup senang bukan? sehingga entri ini ditulis 20juta kasut sudah dibaling kepada Bush.

bushshoegames

Sistem rangkingnya cukup kool, aku mau lihat Malaysia berada dalam rangking tersebut, ayuhhhh Malaysia kan BOLEH? apakah kau sudah lupa?

Fakta Menarik: Benar2 teruja!!!!! Gua berjaya melontarkan lebih 2000 kasut ke atas muka bush, actually gua memerlukan sedikit motivasi, setelah mengkarate PC selama 8jam  secara marathon tanpa henti. Well, ianya ntuk next project Internet Marketing, target gua terkini: US$8k by the end of 1st quater, 2009.

Dec 18
Menarik minggu ini
Posted by Truckster in Daily craps, Internet, Pengumuman, Semasa on 12 18th, 2008| | 2 Comments »

Sekian lama blog apasaje tidak beraksi bagi slot "Menarik minggu ini", seperti biasa aku kembali lagi dengan janji-janji manis akan membuat "weekly-update" apa terjadi sekitar scene manusia di seluruh dunia yang menarik aim aku supaya mengkarate keyboard untuk membuat satu entri.

1) Wartawan Iraq "Si Pembaling kasut" patah tulang rusuk, dikarate SB

Masih ingatkah kau dengan kejadian G. Bush dibaling kasut? kosmo hari ini melaporkan, wartawan Muantadar al- Zaidi dari Stesen Televisyen Iraq kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.

patah tangan

Menurut abangnya kedua mata lebam dibelasah Pihak Keselamatan Iraq, dikhabarkan tulang tangan dan rusuk jugak patah, beliau akan ditahan untuk dibicarakan dan jika didapati bersalah boleh ditahan di bawah undang-undang "Pertuduhan Memalukan Ketua Negara" ?

Double Kudos!! dari Blog apasaje.net untuk Abang Muantadar Alzaidi, diharap tulangnya cepat sembuh & tabah menghadapi ujian.

fakta Menarik: kini beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq.

2) WTF Moment: Artis kahwin, so what??

Beberapa minit lalu aku tersesat di laman sesawang Berita hairan harian, dan terjumpa headline ini:

entri baru

Aku tidak faham dengan hegemoni budaya tipikal masyarakat Malaysia especially remaja, yang cukup memberi tumpuan sepenuhnya eksklusif jika headline membabitkan perkahwinan seorang artis. Tetapi buat2 tidak endah mengenai isu-isu kritikal seperti penindasan masyarakat miskin atau rasuah yang semakin meningkat.

Khabarnya seorang artis popular akan berkahwin tidak lama lagi, persiapan dibuat memakan ratusan ribu, disiar secara langsung di Stesen TV, lalu seluruh rakyat Malaysia akan teruja, mereka akan merayakannya secara gilang-gemilang. Contohnya kejadian di sebuah restoran mamak ini benar-benar membuatkan aku diserang "Myocardial infarction":

Remaja A: Ehh!! Kau tau Bedah Mawi si Raja SMS tu nak kahwin dengan Ikin 20 December ni? Astro buat majlis akad mereka secara Live malam tu.

Remaja B: Apa Mawi nak kawin? oh terujanyaaa!!!!

Aku: wtf?

Merujuk dialog diatas, sebagai seorang yg minimalis kau boleh meneka, apa jantina mereka, opppsss bukan niat aku untuk bersikap seksis dengan membezakan antara gender. harap maklum.

Artis juga manusia biasa, mempunyai nafsu untuk berkahwin, ingat tu, jangan jadi lembablahh…!!!!

Fakta Menarik: Penyakit "Myocardial infarction" adalah "Serangan Sakit Jantung"

3) Nenek disamun dan dicekik cucu.

Semalam aku terbaca tajuk berita yang pelik ini:

cekiknenek

Yaa adik-adik Jangan risau, nenek itu terselamat dalam kejadian cekik dan samun terbabit, tapi apa yang  dikesalkan ialah cucunya, dia sememangnya sudah tidak dapat diubati. Nenek saya tumpang simpati sob! sob! sob!

Dec 15
Analisis menarik Google Zeitgeist.
Posted by Truckster in Internet on 12 15th, 2008| | 10 Comments »

Jika kau tanya apa yang popular ditaip sepanjang tahun 2008 di enjin gelintar Google? jawapannya ada di Google Zeitgeist.

zeitgeist

Google Zeitgeist merupakan analisis kepada berbillion keyword yang ditaip oleh pengguna internet seluruh dunia yang melakukan pencarian di google, team zeitgeist menyenaraikan keyword yang paling popular bagi setiap kategori yang berlainan.

Ianya Merangkumi 34 negara termasuk Malaysia dan apa yang menarik ialah  kategori “Fastest Rising”, nampaknya media-media alternatif seperti Malaysiatoday, Malaysiakini dan Harakah meninggalkan stesen TV3suku TV3. Ini merupakan berita baik membuktikan rakyat Malaysia mahukan maklumat berita yang lebih adil dan tidak berat sebelah.

zeitgeist2

Okeh skang cuba kau click pula disini dan pilih Malaysia…bagi kategori selebriti, Lim Kit Siang & Anwar Ibrahim jauh meninggalkan Tun Dr. Mahathir waima Siti Nurhaliza mahupun Mawi? Apakah rakyat Malaysia sudah naik kompius tentang perbezaan antara  Politikus dan selebriti?

 

Technorati Tags: ,
Dec 4
Video Tiubkamu minggu ini
Posted by Truckster in Believe it or not?, Internet on 12 4th, 2008| | No Comments »

hantu yang sangat seram.. :D

Jom solat

Ini baru dikatakan betul-betul Dirty Job, kau mahu mencuba?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...