Sep 8
Rakyat Pencipta Sejarah
Posted by Truckster in Jentik Politik, Pencerahan on 09 8th, 2010| | 1 Comment »


LAPAN TIGA DUA KOSONG KOSONG LAPAN

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.

Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikait dan disangkutkan dengan beberapa susuk dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya – perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya – memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen. Read the rest of this entry »

Aug 6

Kebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan.

Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! Jika isu royalti minyak ini tidak selesai sehingga Mac tahun depan, maka, kita semua akan tahu bagaimana untuk “menghiburkan” para Pegunjung semasa Acara Formula 1 dilangsungkan di Sepang nanti.

PETRONAS boleh berbangga dengan pencapaian dalam pembangunan negara ini, tetapai PETRONAS tidak dapat menutup “kebusukan” mereka merompak hak rakyat Kelantan!

“Misi Royalti Kelantan 2009″, bermula apabila perlepasan 70 rakyat untuk pergi melawat ke tapak pelantar PETRONAS di Terminal Utama Blok A18 Cakerawala. Dua buah bot meninggalkan jeti Pengkalan Kubur sekitar 10pagi, selepas perlancaran yang diketuai Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dua bot ini termasuklah 50 orang terdiri daripada para Blogger dan Wartawan Media, Pegawai Kerajaan Negeri dan wakil politik.

Manakala sebuah lagi bot membawa 20 orang meninggalkan Pengkalan Jeti Tok Bali, memuatkan Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Speaker Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Trip to Cakrawala_0024

Trip to Cakrawala_0063Meninggalkan Pengkalan Kubur

Trip to Cakrawala_0082

Trip to Cakrawala_0125Perjalanan sebenar bermula! Read the rest of this entry »

Feb 13
Nothing to say….
Posted by Truckster in Daily craps, Jentik Politik, Pencerahan on 02 13th, 2009| | 4 Comments »

died

Jan 27

Sime Darby yang baru-baru ini dikritik hebat berkenaan idea pengambilalihan Institut Jantung Negara(IJN) mencetuskan kontroversi terbaru apabila Penggabungannya bersama Syarikat Air Asia untuk memulakan Projek  Lapangan Terbang LCCT KLIA East @ Labu yang bernilai RM1.7 Bilion. Idea Projek ini mendapat tentangan hebat dari Kumpulan Rakyat prihatin, Pemimpin Pembangkang dan Barisan Bloggers (termasuklah Blogger sensasi negara, che det).airasia

Projek terbaru dari Sime Darby yang nampaknya mahu menceburi “peniagaan baru” bidang Penerbangan mencetuskan banyak persoalan, Ini bertambah pelik apabila Konglomerat GLC terbesar Negara, Khazanah Nasional Bhd menentang keras idea projek ini dijalankan  dan meminta kerajaan untuk berpegang kepada Pelan Induk Lapangan Terbang Negara. Mengikut rekod, KLIA Sepang dibina untuk mengendalikan lebih 125juta penumpang(kapasiti kini hanya  25juta), ditambah lagi kos rennovation terbaru LCCT  pada pertengahan 2008 memakan belanja RM123.9juta.

Tentangan ini bertambah parah apabila Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) juga mempesoalkan kemampuan Air Asia untuk menanggung kos yang tinggi bagi pembinaan tersebut, dimana Air Asia masih lagi menanggung hutang RM140juta dengan MAHB yang merupakan cukai lapangan terbang, gagal dijelaskan Air Asia dari tahun 2002 hingga 2008.

Keputusan KWSP membeli saham Air Asia dikala pelabur luar melepaskan pegangan mereka dalam share AirAsia yang ketika ini mengalami kerugian mencetuskan persoalan? Rakyat perlukan penjelasan akan rasional pembelian ini. Mengapa KWSP menjadi pemegang saham terbesar AirAsia dikala kejatuhan nilainya? Tidak syak lagi idea projek yang didalangi Sime Darby  ini bagi membaham “dana besar” KWSP yang secara keseluruhannya adalah milik rakyat.

Pelbagai pihak memberikan respon…..

“Projek ini diluluskan kerana ada pihak yang ingin mengaut keuntungan dan kekayaan kerana ada individu yang akan bersara, menjelang Mac ini” -Husan Musa-

“Pemegang saham dari luar negara kesemuanya menjual saham mereka dalam AirAsia kerana syarikat itu rugi besar, Yang peliknya kenapa Kerajaan mengarahkan KWSP beli saham AirAsia? Apakah kerajaan mahu memperkudakan KWSP untuk menyelamatkan syarikat Kroni AirAsia?” -YB Wee Choo Keong MP Wangsa Maju-

The problem prompting the idea of a new airport is the allegedly high charges by MAHB for the use of LCCT by Air Asia. MAHB is owned by Khazanah and it is believed Khazanah has a stake in Air Asia. Both are therefore GLCs. The Government can tell them to negotiate fair charges. Or is it the Government that wants this airport at Labu for reasons other than need?

Or is it that Sime Darby now wants to go into airport business? -Tun Mahathir-

Kerajaan membuat keputusan tanpa memikirkan apakah kesan yang akan timbul, sebaliknya tanpa langsung memikirkan soal bebanan kepada rakyat. Ini diperitkan lagi kesan gelombang tsunami kemelesetan ekonomi yang melanda dunia hari ini…

Jan 18

Semalam satu kejadian yang  mencatatkan sejarah terjadi…

Seperti biasa sehari sebelumya propaganda dimainkan, bagi mengukuhkan keyakinan yang kian goyah mungkin? aku tidak berapa pasti?

Berita Hairan menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata: “Barisan Upbeat, PAS Edgy” (Barisan Yakin, PAS Sudah terkencing).

Utusan Melayau memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi”

TV3 Melalui Bullshit Utama pula mempertaruhkan “isu hudud”. Berita mengenai keretakan Pakatan Rakyat, highlight utama adalah “Karpal Sigh ugut keluar Pakatan, jika hudud menjadi dasar”.

RTM pula aku tidak mahu komen…..

Nahhh!!! hari ini. bangkit saja dari tidur…..di mana berita2 angkuh semalam?….kah kah kah

utusan2

bharian2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...