Hari ini sambutan tahun baru agak istimewa, tahun baru Hijrah & Masehi disambut serentak. Pengahayatan perjuangan Rasulullah SAW wajar diambil iktibar sebagai motivasi agung dalam mengerakkan hidup sebagai kahlifah di bumi bertuah ini. Setiap tahun aku menganggap tahun baru adalah sama sahaja dan tidak juga wujud banyak keterujaan dalam hidup apabila berakhirnya sesuatu tahun dan bermulanya tahun yang baru. Apatah lagi menanam minat untuk menghadiri konsert liar di KLCC.

Bagi aku tahun baru masa untuk aku menilai pencapaian, owh masih adik2 ingat “AZAM TAHUN BARU YANG HORROR“ Setahun yang lalu? Senarai impian 2008 yang aku dicatatkan di sana adalah 90% tercapai aku menjadi teruja, yaaa jatuhnya Mr. Samy Vellu itu yang aku maksudkan. sejarah politik negara terlakar pada mac lalu, dimana rakyat keseluruhan menghukum keegoan pemerintah, inilah dinamakan reformasi landskap politik baru, Malaysia tidak lagi seperti dulu, Malaysia pasca Mac 2008 adalah Malaysia Baru.
Tahun 2009 aku menetapkan target untuk berjaya dalam bidang “Internet Marketing” yang sedang giat aku usahakan, hasilnya sudah sedikit jelas pada akhir 2008. Membayar hutang-hutang pembelian kereta & pelajaran perlu aku setelkan terus pada 2009 ini, diulangi setelkan terus. Aku mencabar diri, Motivasi perlu tinggi. Pemburuan Niche2 baru serentak dengan peluang kemelesetan ekonomi 2009, ini aku anggap peluang besar bagi seseorang yang bergelar Internet Marketers untuk memanipulasi keadaan selaras membuat keuntungan. Mencapai misi tersebut, Skill dan pengetahuan adalah wajib, mungkin perlu laburkan separuh pendapatan pada December untuk Ebook & Video dari geeks Internet Marketing sedunia.
Kempen “kembali ke sekolah” juga sudah bermula, gua jugak turut dipaksa terlibat dalam kempen jahat ini…damn it!!, hujung minggu ini perlu kembali ke Shah Alam. Update blog ini juga mungkin dibuat secara rambang selepas ini. Selamat Tahun Baru adik-adik!!!
WISHING YOU THE VERY BEST IN
╔══╦══╦══╦══╗
╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
╔═╝║║║║║║║╚╝║
║╔═╣║║║║║╠═╗║
║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║
╚══╩══╩══╩══╝
¤ø„¸¨°º¤ø„¸ ¸„ø¤º°¨¸„ø¤º°¨
¨°º¤ø„¸ HaPpY ¸„ø¤º°¨
¸„ø¤º°¨ NeW yEaR“°º¤ø„¸
¸„ø¤º “°º¤ø„¸ ¤ø„¸¨°º¤ø„¸
*Updated: Pilihanraya P036 Kuala Terengganu.
Pilihanraya kecil P036 Parlimen Terengganu semakin hampir, menjelang penamaan calon dan “D-Day” pada 17 Januari adalah waktu yang paling sibuk, aku terlibat untuk kempen online di beberapa website Pakatan Rakyat.
Abang Long juga sudah 2 minggu berada di K.Terengganu, dia Mewakili Jabatan Penerangan Kelantan membantu kempen BN, Bahang semakin membara nampaknya semua jentera kerajaan sudah diperkudakan. Kepada semua pengundi K.Terengganu selamat membuang undi, undi untuk masa depan anda…
“hehe!! kepada Along kita tunggu & lihat siapa yang kenaaaa…..!!!!! Adikmu ini hanya mengahadap sebuah Laptop jauh dari Lembah Kelang untuk mengalahkan mu!!!”