Oct 2
Apa yang anda perlu tahu mengenai Windows 8
Posted by Truckster in Review on 10 2nd, 2011| | No Comments »

Dengan pelepasan terbaru Developer Preview Windows 8 beberapa minggu lepas, Interface METRO UI serba baru seiras Windows Phone 7 Microsoft menjanjikan Windows 8 sebagai satu OS untuk pelbagai platform terdiri daripada Desktop, laptop, ultrabook, netbook, tablet dan sebagainya.

Pada Conference Microsot BUILD 2011 yang lepas Microsoft memperkenalkan Tablet Windows 8 Samsung dikuasai Processor Intel i5 dan dikatakan harganya lebih murah berbanding iPad, Sebanyak 5000 unit diberikan kepada Developer secara percuma,ianya dilhat sebagai galakan untuk para developer membangunkan apps mengunakan platform Win8, sama-sama kita nantikan apa perkembangannya nanti

Ramai melihat tidakan Microsoft ini agak berani dalam merampas pasaran, persaingan sengit untuk segmen Tablet dimana Apple iPad dan Android Galaxy Tab mendahului pasaran.

 

Metro UI & Desktop

 

Applications & Software

Pihak Microsoft akan memperkenalkan Windows Apps store tidak lama lagi, Apps boleh direka oleh para pembangun Windows 8 menggunakan Metro UI dengan bahasa pengaturcaraan HTML5 dan CSS3 serta Javascript. Juga bahasa -pengaturcaraan biasa sepetri C#, Java, C++ dan lain-lain.

 

 

Sekuriti yang dipertingkatkan

Sekuriti pada Windows 8 dipertingkatkan dan Windows Defender dinaik taraf dan ianya kelihatan seperti Microsoft Security Essential. Selain itu, terdapat fungsi sekuriti di mana pelbagai program malware seperti virus, worms, trojan, spyware dan sebagainya tidak dapat dijalankan kerana sebelum Windows start sistem akan check dulu process yang tidak di-signed oleh Microsoft akan dihalang dan ini akan menyelamatkan computer daripada dirosakkan virus.

 

Fungsi Factory Reset

Windows 8 mempunyai fungsi Refresh dan Reset PC dimana sekiranya computer Windows anda mengalami masalah anda boleh revert balik ke masa seperti Windows baru diinstall.

 

Download Windows 8 Developer Preview

Windows 8 boleh didownload secara percuma daripada server Microsoft: Download Windows 8 Developer Preview – 32 bit dan 64 bit.

Dec 4
Need For Speed: Hot Pursuit 2010 trailer
Posted by Truckster in Review on 12 4th, 2010| | No Comments »

EA baru saja mengeluarkan trailer bagi siri terbaru Need For Speed: Hot Pursuit 2010 ianya dibangunkan oleh Criterion Games dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ianya dikatakan sebagai sebuah “revolutionary” bagi series Need For Speed.

Kelihatan bebrapa model sportcar terbaru seperti Porcshe 918 Spider, Veyron Supersport 1200BHP & Koenigsegg Agera GT antara senarai kereta terpantas masakini.

Masih mengekalkan BMW M3 Sport sebagai ikon utama,ianya bakal dikeluarkan pada November 2010, NFS adalah antara series game yang tidak saya lepaskan  kemunculannya…..adakah series terbaru benar2 revolusinari seperti yang diwar-warkan?

banyak lagi graphic dan scene dari NFS:Hot Pursuit di fanpage FB

Feb 12
Tutorial: Cara setup WIFI hotspot di rumah.
Posted by Truckster in Review, Tutorial on 02 12th, 2009| | No Comments »

Kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband dirumah (Streamyx, Penangfon, etc),tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.

wifi_zone

Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran,anda dapat menyiapkan Wifi hotspot sendiri dengan mudah.

Kelebihan :

1.Jika dahulu hanya sebiji komputer atau laptop dapat mengakses internet, kini semua komputer dan laptop dirumah anda dapat mengakses internet serentak!

2.Jika rumah anda adalah rumah dua tingkat, tidak menjadi masalah untuk komputer dan laptop samaada ditingkat bawah / atas untuk mengakses internet asalkan mempunyai antena wireless.

3.Dapat bermain game LAN beramai ramai jika mempunyai banyak PC.Contohnya game Counter Strike, Red Alert, Dota, dan lain-lain.

4.Dapat berkongsi file-file dengan seisi rumah dengan mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini :)

 

Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem)

Kelengkapan yang diperlukan :

1.Wireless Router

2.Kabel LAN (2 unit)

Langkah-langkah :

Bahagian A – Sambungan hardware

1.Dapatkan Wireless Router dimana-mana kedai komputer.Sekiranya anda mencari wireless router yang agak murah dan mempunyai perfomance yang baik, saya sarankan anda membeli wireless router Belkin.Boleh didapati di Plaza Lowyat dengan harga rm99.

Wireless Router Belkin :

belkin

 

2.Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh tmnet, sila cabut kabel LAN yang dihubungkan kepada pc anda dari modem tersebut. Read the rest of this entry »

Jan 3
5 Filem 2009 yang wajib kau tonton.
Posted by Truckster in Review, Yang Menarik on 01 3rd, 2009| | 7 Comments »

1) Street Fighter: The Legend of Chun-Li – Februari 2009

street fighter

Jalan ceritanya berdasarkan storyboard video game terkenal “Street Fighter” dari Capcom. Filem ini difokuskan kepada seorang Fighter perempuan yang hot bernama Chung Lai dan “journey”nya mencarik keadilan, tidak banyak maklumat dapat dicari. Seperti biasa filem genre sebergini semestinya dipenuhi unsur2 pergaduhan, seni bela diri dan efek CGI aura seperti naga api, harimau belang, beruang, anjing chuahua dan arnab.  btw watak chun li tu yang mana satu ehh? Tahun ini masuk 7tahun aku tinggalkan permainan Street Fighter aku sudah lupa…apasaje lahh

Fakta Menarik: dulu2 masa sekolah kegilaan StreetFighter di CyberCafe menyebabkan kejadian aku menipu emak beberapa kali, dan ponteng sekolah…apa gilaa?

maklumat lanjut masuk sini, saksikan trailernya:

 

2) The Fast and the Furious 4 – April 2009

Kehadiran Vin Diesel menghangatkan kembali Fast n Furious kali ini, ceritanya ringkas sahaja slepas bebasnya Brian O Connor beliau bergandingan dengan Dominic Torrento (Vin Diesel) untuk menjatuhkan rangkaian mafia pengedar dadah. Plot demi plot diwujudkan berserta aksi lumba haram, Read the rest of this entry »

Dec 22

Okeh kita lupakan sebentar Siri TV Superhero Pepaya, ianya cukup mengarut!! dan satu lagi Perkahwinan Mawi di Asstro..itukah hiburan picisan Melayu?

Cicakman 2….Ini adalah filem yang boleh aku dikategorikan sebagai kebanggaan Anak Melayu, dengan bajet yang ciput, persembahan Graphic CGInya cukup mengujakan, khabarnya 3D modelling mendominasi 70% dari keseluruhan filem ini. Yakni lebih 800 babak yang dijana oleh CGI, kudos KRU Studios!!

cicakman

Naratifnya cukup terkesan dengan kemunculan semula Aznil Nawawi Prof. Klon dari tahanan ISA Metrofulus untuk menghuru-harakan Cicakman dan dunia.

Seperti biasa ianya seakan mengikut trend triologi Spiderman dimana Filem superhero diselitkan dengan sedikit unsur Jiwang-karet antara Cicakman dan Fasha Sandha Tania, Sebagai saorang yang bukan bergelar “buronan cinta” gua sememangya menentang keras unsur-unsur sebergini di dalam Filem Superhero. Ianya mengarut bukan?

23

Bercakap tentang aksi, Scene Persengketaan antara Cicakman dengan satu watak antagonis baru kelolaan Prof. Klon iaitu Rrama cukup solid, Yaaa!! pergaduhan di jalanan melibatkan  Superbike, itu yg gua maksudkan. Watak Rrama (yg ni dah lupa apa namanya ala pelakon indon tuh) membayangi 2 watak jahat sebelum ini iaitu Ginger Brother, melalui kemunculan sequel kedua ini sebagai hantu.

Efek persekitaran Putrajaya Metrofulus juga  kool, jika korang pernah menonton sequel pertama Cicakman, Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >