Nov 4

Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.

Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Ini berbeza dengan kecenderungan Pemimpin Negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman.

Mereka tidak berpijak di bumi nyata bila membicarakan  tentang pelaburan asing(FDI) yang merosot, sementara KDNK menguncup, defisit perbelanjaan terus bertambah, ini membayangkan urus-tadbir ekonomi yang kronik.

Maka demi menyedapkan halwa rakyat, mengumumkan projek Mega KL bernilai trillion ringgit? dan pembangunan “landmark” baru Menara Warisan mengingatkan kita tentang kegilaan Tun Mahathir berbelanja kekayaan negara.  Sedangkan jurang sosial masyarakat semakin hari semakin melebar, indeks rasuah yang membimbangkan dan amalan korupsi di kalangan terdekat terus dibutakan.


Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar.

Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita? saban hari lena di kaca TV media propaganda?

Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam.

Penulisan di atas ini adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku “Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan” hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia…Pandangan ini adalah dari perspektif Seorang Anak Muda yg mahu perubahan itu berlaku.

Untuk versi penuh anda boleh download disini

Sep 13
Gambar Suspek Kes Bunuh Sosilawati
Posted by Truckster in Semasa on 09 13th, 2010| | No Comments »

Syawal 1431 negara dikejutkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 pembantu beliau.

Ini antara gambar suspek yang telah ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi. suspek merupakan seorang peguam yang bergelar Datuk.

3 lagi suspek utama yang ditahan reman dan dipercayai salah seorang daripada suspek adalah adik kepada Datuk terbabit yang juga seorang Peguam. Kesemua suspek ditahan reman selama 7 hari di Balai Polis Bukit Jalil.

Sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam  bergelar ‘Datuk’ turut dikaitkan dengan kehilangan SEMBILAN individu, apa gila Polis  tidak mengambil  tindakan? Menambah Persepsi buruk masyarakat dalam menilai kes berprofilt sebegini, Ini antara cabaran berat Ketua Polis Negara yang baru bagi mereformasi setiap aspek di dalam pasukan. Apa pun kepantasan Pihak Polis dalam menyelesaikan kes ini wajar dipuji.

Sep 4

Majlis berbuka puasa AIC bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya diadakan dengan kehadiran hampir 200 orang tediri daripada Anak Muda, Pimpinan dan Mahasiswa dari beberapa Universiti tempatan. Sambutan daripada mahasiswa amat mengalakkan.

Iftar AIC 2009028

Seusai dengan itu, sesi perkenalan dan sembang santai memulakan acara tepat jam 6.15petang membicarakan tentang iklim politik  semasa dan perkembangan negara. Datuk Seri Anwar memetik keyakinan mengenai liberalisasi dan reform pemerintahan Indonesia yang dilakukan BJ Habibie dan membandingkan dengan Malaysia.

Sembang santai berterusan dengan soal jawab, sehingga waktu berbuka dengan menjamah kurma dan juadah ringan. Seterusnya sembahyang magrib diimamkan Datuk Seri Anwar sendiri, dan hadirin menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Disambung dengan sembahyang isyak dan terawih.

Seterusnya, Beliau memulakan Wacana yang cukup menyegarkan,  menekankan penghayatan ramadhan sebagai madrasah ruhiyyah, mengimbau gagasan yang ditinggal Ustaz Fadhil Noor dan pertemuan dengan Fathi Yakan di Riyadh dan Umar Telmasani di Kaherah, gagasan Al-Biruni dan Akbar.

Beliau memetik Armatyha Sen (Pemenang Nobel Ekonomi) dan beberapa Sarjana mengenai liberalisasi ekonomi yang menekankan perlaksanaan bersederhana, merupakan kunci “serampang dua mata” bagi menguruskan ekonomi semasa beliau menjawat Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Mengimbau bacaannya di Penjara mengenai makasid syariah, sejarah pertembungan dan pencerahan barat dan karya genius Shakespeare serta beberapa dialog Filasuf agung dunia.

Iftar AIC 2009093

Beliau juga menyentuh, Ronggo Warsito seorang pujangga besar Jawa dan karya hebatnya Serat Keladita menekankan puisi Jaman Edan.

Datuk Seri Anwar Menekankan tangungjawab Mahasiswa dan betapa perlunya Universiti tempatan mempunyai Barisan Profesor yang idealis dalam membentuk masa hadapan negara. Beliau membidas kebejatan golongan pendidik sekarang yang gentar akan seruan pemerintah.

Sesi berakhir dengan soal jawab oleh beberapa mahasiswa, beliau menekankan betapa peri pentingnya masa di kampus. Majlis bersurai tepat pukul 10.30 malam dengan jamuan ringan.

Pihak AIC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang turut serta dalam majlis yang diadakan. Ribuan terima kasih juga kepada Pihak Tuan Rumah dan Pejabat Datuk Seri yang menyelenggarakan makanan dan tempat dengan sempurna.

Sep 4

Jumaat lepas  sempat menghadiri sesi bukak puasa & gathering Bloggers Negaraku.net, sesi lepak santai sambil berkenalan dengan barisan Pemblog tegar laman rangkaian sosial bookmarking negaraku.net. Majlis bertempat di Restoran Nara, Bukit Angkasa berlangsung selama beberapa jam dihadiri lebih 30 orang.

negaraku-bukak-puase

Blogger AzmanIshak melakukan live update (nampaknya ramai dah menyahut seruan kerajaan melakukan Live Blogging). Planning awal yg dirancang oleh  Mr NoktahHitam untuk pekena Ayam Golek gagal direalisasikan akibat tersalah komunikasi pada saat2 akhir, maka bagi mengubat kehampaan kami ada ini:

buka-puasa-negarakunet018

Maka satelah diproses hasilnya, seperti ini: Read the rest of this entry »

Aug 6

Kebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan.

Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! Jika isu royalti minyak ini tidak selesai sehingga Mac tahun depan, maka, kita semua akan tahu bagaimana untuk “menghiburkan” para Pegunjung semasa Acara Formula 1 dilangsungkan di Sepang nanti.

PETRONAS boleh berbangga dengan pencapaian dalam pembangunan negara ini, tetapai PETRONAS tidak dapat menutup “kebusukan” mereka merompak hak rakyat Kelantan!

“Misi Royalti Kelantan 2009″, bermula apabila perlepasan 70 rakyat untuk pergi melawat ke tapak pelantar PETRONAS di Terminal Utama Blok A18 Cakerawala. Dua buah bot meninggalkan jeti Pengkalan Kubur sekitar 10pagi, selepas perlancaran yang diketuai Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dua bot ini termasuklah 50 orang terdiri daripada para Blogger dan Wartawan Media, Pegawai Kerajaan Negeri dan wakil politik.

Manakala sebuah lagi bot membawa 20 orang meninggalkan Pengkalan Jeti Tok Bali, memuatkan Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Speaker Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Trip to Cakrawala_0024

Trip to Cakrawala_0063Meninggalkan Pengkalan Kubur

Trip to Cakrawala_0082

Trip to Cakrawala_0125Perjalanan sebenar bermula! Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...