Jan 12

Apabila Ustaz KJ berceramah tentang HUKUM HUDUD di KT..

 

21 Rakyat tempatan ditahan pihak zionis??

HOT HOT !!! AJEN ZIONIS TEMPATAN MULA MENANGKAP RAKYAT

Seramai 21 ornag warga Malaysia yang memprotes kekejaman Zionis Israel telah di tangkap oleh ajen Zionis Tempatan.

Warga Malaysia kita ini sedang memasang lilin tanda protes terhadap kekejaman Zionis Israel di Palestin. Warga Malaysia ini sedang berkumpul di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sejak jam 8.30 tadi.

Tiba-tiba ajen Zionis Tempatan telah menangkap 21 orang warga Malaysia.

ANTARA YANG DI TANGKAP OLEH ZIONIS TEMPATAN:

YB Charles Santiago
YB Abdullah Sani
Arulchevelam
Nur Laila – GMI
Mun Hooi
Nalini – SUARAM
Chai Yi – SUARAM

(sila ikuti laporan seterusnya)

 

Hiburan akhirnya tiba di Terengganu.

Dec 29

Hari ini sambutan tahun baru agak istimewa, tahun baru Hijrah & Masehi disambut serentak. Pengahayatan perjuangan Rasulullah SAW wajar diambil iktibar sebagai motivasi agung dalam mengerakkan hidup sebagai kahlifah di bumi bertuah ini. Setiap tahun aku  menganggap tahun baru adalah sama sahaja dan tidak juga wujud banyak keterujaan dalam hidup apabila berakhirnya sesuatu tahun dan bermulanya tahun yang baru. Apatah lagi menanam minat untuk menghadiri konsert liar di KLCC.

new-year

Bagi aku tahun baru masa untuk aku menilai pencapaian, owh masih adik2 ingat “AZAM TAHUN BARU YANG HORROR“  Setahun yang lalu? Senarai impian 2008 yang aku dicatatkan di sana adalah 90% tercapai aku menjadi teruja, yaaa jatuhnya Mr. Samy Vellu itu yang aku maksudkan. sejarah politik negara terlakar pada mac lalu, dimana rakyat keseluruhan menghukum keegoan pemerintah, inilah dinamakan reformasi landskap politik baru, Malaysia tidak lagi seperti dulu, Malaysia pasca Mac 2008 adalah Malaysia Baru.

Tahun 2009 aku menetapkan target untuk berjaya dalam bidang “Internet Marketing” yang sedang giat aku usahakan, hasilnya sudah sedikit jelas pada akhir 2008. Membayar hutang-hutang pembelian kereta & pelajaran perlu aku setelkan terus pada 2009 ini, diulangi setelkan terus. Aku mencabar diri, Motivasi perlu tinggi. Pemburuan Niche2 baru serentak dengan peluang kemelesetan ekonomi 2009, ini aku anggap peluang besar bagi seseorang yang bergelar Internet Marketers untuk memanipulasi keadaan selaras membuat keuntungan. Mencapai misi tersebut, Skill dan pengetahuan adalah wajib, mungkin  perlu laburkan separuh pendapatan  pada December untuk Ebook & Video dari geeks Internet Marketing sedunia.

Kempen “kembali ke sekolah” juga sudah bermula, gua jugak turut dipaksa terlibat dalam kempen jahat ini…damn it!!, hujung minggu ini perlu kembali ke Shah Alam. Update blog ini juga mungkin dibuat secara rambang selepas ini. Selamat Tahun Baru adik-adik!!!

WISHING YOU THE VERY BEST IN
╔══╦══╦══╦══╗
╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
╔═╝║║║║║║║╚╝║
║╔═╣║║║║║╠═╗║
║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║
╚══╩══╩══╩══╝
¤ø„¸¨°º¤ø„¸ ¸„ø¤º°¨¸„ø¤º°¨
¨°º¤ø„¸ HaPpY ¸„ø¤º°¨
¸„ø¤º°¨ NeW yEaR“°º¤ø„¸
¸„ø¤º “°º¤ø„¸ ¤ø„¸¨°º¤ø„¸

*Updated: Pilihanraya P036 Kuala Terengganu.

Pilihanraya kecil P036 Parlimen Terengganu semakin hampir, menjelang penamaan calon dan “D-Day” pada 17 Januari adalah waktu yang paling sibuk, aku terlibat  untuk kempen online di beberapa website Pakatan Rakyat.

Abang Long juga sudah 2 minggu berada di K.Terengganu, dia Mewakili Jabatan Penerangan Kelantan membantu kempen BN, Bahang semakin membara nampaknya semua jentera kerajaan sudah diperkudakan. Kepada semua pengundi K.Terengganu selamat membuang undi, undi untuk masa depan anda…

“hehe!! kepada Along kita tunggu & lihat siapa yang kenaaaa…..!!!!! Adikmu ini hanya mengahadap sebuah Laptop jauh dari Lembah Kelang untuk mengalahkan mu!!!”

Dec 26
Ramalan Horoskop 2009 bersama En. Saharil
Posted by Truckster in WTF Moment on 12 26th, 2008| | 7 Comments »

 Amaran: Perhatian yaa adik-adik, Entri ini adalah untuk hiburan santai, mempercayai suatu ramalan horoskop adalah haram bagi umat Islam. Diulangi ianya haram. Harap maklum!! 

0542_09tulang  

 

0543_09gantung

0544_09atm

Read the rest of this entry »

Oct 10

Yaaa…. apa yang anda baca ini benar yaa adik-adik….!!

Petikan dari Utusan Melayau

MELAKA 10 Okt. – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. 

Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.

Malaysia Boleh!! melalui kerajaan Negeri Melaka khasnya membuktikan “Negara Bolehland” ini bergitu pemurah sekali menghadiahkan Anugerah Jasa Tertinggi Negara. “Gelaran Datuk” akan dianugerahkan kepada Mamat Bombay bergelar Shah Rukh Khan, yang khabarnya banyak berjasa kepada negara anda ini…

Pingat sebesar taik lembu ini akan di hadiahkan pada Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok 10 oktober 2008.

kah kah kah kah…… agak-agak camana mamat bombay ni dapat tan seri…dan apa pula yg Tun Khalil Yaakob dapat dari mamat bombay?persoalan ini banyak mencetuskan spekulasi?

Aug 15
UITM & demolah Kamu..!!
Posted by Truckster in Semasa, WTF Moment, Yang Menarik on 08 15th, 2008| | 6 Comments »

DEMO?? atau Jalan-jalan dapat duit ??

Saya mungkin terlewat membicarakan soal adik-adik saya dari UiTM yang sebok berdemo ke S.U.K demi untuk membantah cadangan ringkas dari Y.A.B Menteri Besar Selangor berkenaan kuota 10% non-bumi kedalam UiTM.
Tapi ingin saya tegaskan, saya cukup kecewa dengan adik-adik saya ini yang berdemo untuk suatu cadangan yang memang mustahil untuk direalisasikan melainkan kebenaran daripada Kementerian terbabit.
Dalam hal ini, Tan Sri Menteri Besar tidak pula mengatakan bahawa UiTM wajib mengambil 10% non bumi, kerana beliau tahu, itu bukan dibawah kuasa beliau untuk membenarkannya. Apa yang beliau katakan, jika ia tidak melanggari dasar, maka perkara tersebut boleh dibincangkan. Tetapi jika cadangan tersebut melanggari dasar, abaikan sahaja!!!
Saya Fikir, banyak lagi isu yang perlu dan harus diketengahkan oleh Saudara YDP MPP, seperti:

 

1. Krisis sosial yang menimpa student UiTM, seperti seks bebas di rumah-rumah sewa student UiTM, GRO/ Pelacur Kelas Atasan, Clubbing dan minum arak dikalangan student

 

2. Pakaian yang tidak melambangkan budaya timur (rambut coloring, baju singkat, lengan pendek) khususnya di kalangan student perempuan

 

3. Runtuhnya budaya usrah di kolej-kolej kediaman

 

4. Budaya hedonisme dalam karnival-karnival di UiTM (Kalau karnival mesti panggil artis). Contoh terbaru melalui penganjuran Konsert Hiburan “Gegar U” yang menampilkan artis-artis terkenal, yang jelas “memabukkan” mahasiswa.

 

5. Terkuburnya Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) dan digantikan dengan Persatuan Mahasiswa Hadhari..

 

6. Berkenaan AUKU yang banyak “memenjarakan” pemikiran anda.
Tapi, apa nak heran, 100% MPP pro-aspirasi. Itu sebab liberal skit walaupun belajar di ipta yang hampir 100% berugama Islam.
Entahlah.. Tak paham sungguh aku dengan Mahasisiwa UiTM sekarang. Aku rasa sekarang, aku malu nk ngaku aku ni ex-UiTM

Disini saya ingin melontarkan sedikit idea kepada YDP MPP UITM jika dapat dipertimbangkan, untuk Buat demo kali kedua dan seterusnya :
1. Di depan Banguan MCA kerana Presidennya Ong Ka Ting setuju jika 10% kuota dibuka untuk bukan Bumiputera.
2. Tambang bas akan naik sebelum Hari Raya Aidilfitri walaupun subsidi minyak telah diberi.
3. Kadar jenayah di negara kita agak tinggi, bilangan anggota polis tidak mencukupi dan tidak profesional.
4. Politik wang UMNO berleluasa, sama taraf dengan rasuah.
5. Minyak kononnya turun tetap turun yang tidak memberansangkan rakyat contohnya turun 5 – 10 sen.
6. Syarikat banyak gulung tikar menyebabkan kadar pengangguran adalah amat tinggi (Yang ni mmg ada kena mengena dgn UiTM).

Amacam? Apa pon tahniah diucapkan kepada anda kerana berani untuk turun ke jalanan…menegakkan suara mahasiswa aka suara anak muda… 

 

psst: bagi aku isu ini dipolitikkan oleh “sesetengah pihak” yang jelas kepanasan sejak akhir-akhir ini bergitu melaung-laungkan ketuanan Melayu? saya ingin bertanya dimana suara ketuanan Melayu kamu sebelum tsunami pasca PRU12??ketika kedudukan kamu kuat? sekarang baru bersuara?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...