Browse > Home

| Subcribe via RSS

Tembakan Ramadhan – Nirvana Memorial Park

September 8th, 2009 | No Comments | Posted in Aku & Pengalaman, Yang Menarik

Ahad lepas aku dan Pejal ke Seksyen 19 dan 23, Shah Alam, dalam misi melawat tapak kuil yang cukup kontroversi. Isu menyebabkan segerombolan extremis bangsa (baca AMNO walaupon dinafikan kita mesti palitkan mereka dengan isu ini) mereka sanggup “membakar sentimen perkauman” dengan melakukan Demonstrasi Kepala Lembu berdarah.

Sehingga lewat petang kami disana, beransur kemudian ke Pasar ramadhan di seksyen 20 sambil mencarik kedai mamak utk berbuka.

Tiba2 kami terpandang satu signboard besar “Shah Alam Memorial park”. Betul-betul bertentangan dengan kilang mega Panasonic.

Dan ini hasilnya, tembakan demi tembakan dilepaskan, taman yang dikenali sebagai Nirvana park adalah kawasan perkuburan elit yang dibangunkan oleh NVMC Group Of Company menelan belanja jutaan ringgit, ianya dalam peringkat akhir sebelum dibuka untuk kunjungan umum.

dsc00546

Landskap yg cukup kool dan menenangkan, disamping Memorial Penganut Buddha, Kawasan memorial bagi Penganut Hindu juga dibagunkan disini dan dibahagian belakangnya pula perkuburan bagi umat islam.

Kepelbagaian inilah yang menjadi Malaysia bergitu unik. Dan Aku tidak faham,  mereka yang mempolitikkan isu perkauman demi survival bangsa.

Psst: Kami hanya sempat menembak Buddha Nirvana park, kerna masa berbuka hampir tiba…Tonton lagi galeri selepas ini

WTF Moment: Gelaran “Datuk” untuk Spiderman!

September 5th, 2009 | No Comments | Posted in WTF Moment

ar-spiderman2

Pada 1 september lepas Alain Robert aka Spiderman kembali ke Malaysia buat kali ketiga untuk meneruskan misi gilanya. Beliau berjaya melepasi kawalan ketat sekuriti dan mula memanjat pada pukul 6 pagi, sampai ke kemuncak 2 jam kemudian untuk mengibarkan bendera Malaysia.spiderman-klcc
Dan aku Ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka supaya menghadiahkan gelaran Datuk kepada Spiderman kerana berjaya memacakkan Jalur Gemilang di puncak KLCC….ini rasanya lebih cool!!

Ayam golek & sebuah epik yang gagal

September 4th, 2009 | 3 Comments | Posted in Aku & Pengalaman, Semasa, Yang Menarik

Jumaat lepas  sempat menghadiri sesi bukak puasa & gathering Bloggers Negaraku.net, sesi lepak santai sambil berkenalan dengan barisan Pemblog tegar laman rangkaian sosial bookmarking negaraku.net. Majlis bertempat di Restoran Nara, Bukit Angkasa berlangsung selama beberapa jam dihadiri lebih 30 orang.

negaraku-bukak-puase

Blogger AzmanIshak melakukan live update (nampaknya ramai dah menyahut seruan kerajaan melakukan Live Blogging). Planning awal yg dirancang oleh  Mr NoktahHitam untuk pekena Ayam Golek gagal direalisasikan akibat tersalah komunikasi pada saat2 akhir, maka bagi mengubat kehampaan kami ada ini:

buka-puasa-negarakunet018

Maka satelah diproses hasilnya, seperti ini: More »

Isu Royalti Petroleum, Ekspedisi ke Pelantar Cakerawala

August 6th, 2009 | No Comments | Posted in Jentik Politik, Semasa

Kebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan.

Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! Jika isu royalti minyak ini tidak selesai sehingga Mac tahun depan, maka, kita semua akan tahu bagaimana untuk “menghiburkan” para Pegunjung semasa Acara Formula 1 dilangsungkan di Sepang nanti.

PETRONAS boleh berbangga dengan pencapaian dalam pembangunan negara ini, tetapai PETRONAS tidak dapat menutup “kebusukan” mereka merompak hak rakyat Kelantan!

“Misi Royalti Kelantan 2009″, bermula apabila perlepasan 70 rakyat untuk pergi melawat ke tapak pelantar PETRONAS di Terminal Utama Blok A18 Cakerawala. Dua buah bot meninggalkan jeti Pengkalan Kubur sekitar 10pagi, selepas perlancaran yang diketuai Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dua bot ini termasuklah 50 orang terdiri daripada para Blogger dan Wartawan Media, Pegawai Kerajaan Negeri dan wakil politik.

Manakala sebuah lagi bot membawa 20 orang meninggalkan Pengkalan Jeti Tok Bali, memuatkan Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Speaker Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Trip to Cakrawala_0024

Trip to Cakrawala_0063Meninggalkan Pengkalan Kubur

Trip to Cakrawala_0082

Trip to Cakrawala_0125Perjalanan sebenar bermula! More »

Synchronize Facebook ke dlm Twitter & sebaliknya

July 14th, 2009 | No Comments | Posted in Internet, Tutorial

Menguruskan senarai rakan di akaun Rangkaian Sosial anda bukanlah sesuatu yang sukar hari ini, kerana kini terdapat bergitu banyak komuniti untuk membantu anda “Keep in touch” bersama rakan2 anda.

Sebut saje Facebook, Twitter, Ning, Plaxo, FriendFeed, Loopt, Brightkite, GChat…Sesiapa diantara kau yg tidak memilik salah satu akaun ini adalah tidak kool dan mungkin sudah tidak relevan lagi berada di bumi pada masa ini. kamonnn!…. Friendster & Myspace sudah tidak kool lahhhh!!

Disini dipaparkan satu tutorial bagaimana mahu meng “synchronize” kan akaun Twitter & Facebook dimana jika kau melakukan update di status FB, update itu akan muncul di Twitter dan sebaliknya. Ikuti tutorial ini, selamat beramal!!!:

1) Lakukan carian bagi keyword “Twitter” di akaun FB anda satu result akan keluar di tab All Results (jika tidak keluar click tab Applications)

facebooktwitter1

2) Allow Twitter untuk mengakses akuan anda

facebooktwitter2

3) Log in kepada akaun Twitter anda (Dengan aplikasi twitter di FB).

facebooktwitter3

Sekarang sebarang message dan update status akan automatik terpapar di Twitter! Tetapi ada beberapa step lagi untuk message dari Twitter ke FB.

4) Selepas anda melakukan test Facebook to Twitter dengan menaip status/message dan klik update. Kemudian klik “Allow Twitter to Update Your Facebook Status” untuk mengaktifkan Twiter to FB funtion.

facebooktwitter41

5) Kemudian klik “Allow status updates” from Twitter back to Facebook.

facebooktwitter5

6) Sila periksa untuk pastikan kedua-dua fungsi ini berjaya, dengan melakukan login ke akaun twitter anda dan masukkan status di twitter.

facebooktwitter7

Well, seperti yg anda lihat di atas ianya berjaya! Selamat mencuba, untuk aplikasi lain juga lebih kurang sama mulakan step (1) dan cari apa-apa aplikasi yang anda ingin pasangkan…

facebooktwitter6

Credits to: http://www.insidefacebook.com/