Source: Fahmi Reza
Agungnya ciptaan Tuhan! Lokasi Gua ini yang sebenarnya sebuah lombong tinggal, berada 1000 kaki bawah tanah di “The Chihuahua Desert” Mexico. Ianya pertama kali dijumpai oleh 2 orang pasangan adik-beradik Pelombong yang bekerja di sini.
Kristal terbesar yang beratnya hampir 55 tan dan sepanjang 36 kaki. Bayangkan jika anda berdiri di atas kristal ini…

Koleksi Kristal semulajadi ini sangat tajam, mungkin dalam kepala anda bayangkan ianya sejuk seperti ais, bukan?
Anda silap ianya sangat panas (kira-kira 44 darjah Celsius ), para Pelombong terpaksa membawa tong penyejuk dan dilindungi oleh pakaian khas.
Anak Muda berpesta lagi tapi kali ini bukan di Tunisia…..

Di Mesir, Bangunan Pejabat Perompak sudah terbakar!
Jika minggu lepas First Lady Tunisia lari dengan 1.5 tan emas,berapa pula yang akan di bawa lari oleh First Lady Mesir atau Fat Lady Malaysia, Bik Mama ? -tukartiub
Mungkinkah Tunisia Menjadi Keping Domino yang Pertama?
Awal bulan ini, warga Tunisia telah berjaya menyingkirkan presiden mereka menerusi satu revolusi popular yang pertama dalam sejarah moden negara-negara Arab. Kepantasan revolusi ini merebak semestinya memberikan isyarat jelas kepada negara-negara Muslim lain yang masih lagi tegar mempertahankan kerajaan otokratik dan diktator.
Jangka hayat panjang rejim sebegini dijamin menerusi keupayaannya dalam menekan suara-suara bantahan dengan jentera-jentera kerajaan yang dikawal, terutamanya institusi ketenteraan. Apa yang berlaku di Tunisia menzahirkan bahawa bila mana salah satu jentera kerajaan tidak berfungsi – seperti yang berlaku kepada pihak tentera ketika mereka gagal bergerak secara efektif – jentera-jentera lain seperti media dan kehakiman akan turut gagal berfungsi.
Apakah ini merupakan detik seperti runtuhnya Tembok Berlin bagi warga Timur Tengah? Apakah negara-negara Arab lain yang mengguna pakai modus operandi yang sama dalam amalan penindasan politik bakal ditumbangkan juga?
Pada tahun 2005, dalam satu ucapan di Forum Dunia Amerika Syarikat (AS) – Islam di Doha, saya mengungkapkan bahawa pendemokrasian bakal muncul di Timur Tengah jauh lebih awal dari yang diramalkan, dan saya mengkritik dasar luar AS dengan menyifatkannya sebagai “dasar talam dua muka.” Ketika pentadbiran Bush mendukung kebebasan dalam melancarkan perang melawan keganasan, AS tetap teguh bersekutu dengan negara-negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar penindasan untuk mengekang masyarakat awam dan menggagalkan demokrasi.
Di bawah pentadbiran Obama, dasar talam dua muka ini masih lagi wujud. Walaupun dalam ucapan bersejarahnya di Kaherah di mana beliau secara khusus memuji wakil kerajaan, pentadbiran Rumah Putih masih terus bekerjasama dengan pelbagai otokrat dari Timur Tengah. Dari perspektif para demokrat di rantau itu, dasar talam dua muka AS ini adalah disebabkan pendemokrasian akan mengakibatkan wujudnya kerajaan yang kurang cenderung menyokong agenda dan tuntutan AS terutamanya pentadbiran yang disifatkan Islamik oleh AS.
Merujuk kepada Tunisia, adalah mustahil Zine el Abidine Ben Ali mampu kekal menerajui negara selama 25 tahun tanpa dukungan dari Amerika. Kenyataan bahawa rejim kleptokratik pimpinan beliau akhirnya tumbang merupakan peringatan keras bahawa sesebuah kerajaan yang ditegakkan melalui penindasan ke atas rakyat takkan bertahan lama. Kita telah menyaksikannya di Iran pada tahun 1979 menerusi kejatuhan dramatik Shah, dan juga pada tahun 1998 ketika rakyat Indonesia mengecap nikmat demokrasi secara aman setelah hampir tiga dekad ditadbir di bawah kepimpinan tentera.
Masalah yang menghantui dunia Arab tetap mengejutkan: monopoli kekayaan dan kuasa oleh segelintir elit politik, kemerosotan infrastruktur, sistem pendidikan yang jumud, kepincangan dalam perkhidmatan kesihatan serta bebanan pendapatan dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup. Rasuah dan nepotisme menjadi raja di sebalik tiadanya kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Sememangnya semua ciri tersebut merupakan acuan terbaik sebuah pergolakan politik: peminggiran politik dan ekonomi ke atas rakyat serta perompakan kekayaan negara oleh elit pemerintah. Ianya merupakan satu realiti yang tidak dapat disucikan oleh propaganda – kerana rakyat boleh menyaksikannya di YouTube dan Facebook – walaupun dicuba dengan pelbagai kaedah oleh pemerintah. Pastinya, tiada seorang pun pemimpin Arab yang akan mengakui kebejatan ini, sebaliknya akan menzahirkan kewarakan dan menabur janji untuk terus memperbaiki tahap ekonomi rakyat.
Adalah sesuatu yang bodoh bagi kerajaan di rantau itu sekiranya menganggap bahawa apa yang berlaku di Tunisia ini sebagai kes terpencil. Permasalahan ekonomi dan politik yang mencetuskan revolusi merupakan sesuatu yang luar biasa terhadap negara tersebut. Seseorang hanya perlu berjalan di sepanjang kaki lima di Kaherah dan Karachi, atau merayau-rayau di pekan-pekan terpencil di Algeria dan Afghanistan untuk melihat bagaimana sengsaranya kemiskinan dan penindasan sehingga mampu memusnahkan martabat diri seseorang.
Pemerintah otokratik yang telah terbiasa dengan kedaulatan mutlak barangkali akan mengubah fikiran mereka. Kebangkitan di Tunisia didorong oleh hasrat untuk mencapai kebebasan dan keadilan, dan bukan kerana ideologi tertentu. Faktor keganasan Islam, yang sering dijadikan kambing hitam oleh para diktator di Timur Tengah untuk menghalalkan kezaliman mereka, perlu dipertimbangkan semula atau dibakulsampahkan terus. AS juga harus mengambil pengajaran tentang mitos bahawa diktator yang sekular merupakan taruhan terbaik dalam melawan golongan Islamis. Revolusi, sama ada yang bersifat sekular atau keagamaan lahir dari keinginan sejagat untuk memartabatkan hak. Persamaan di antara revolusi di Iran dan pergolakan di Tunisia adalah kebangkitan rakyat yang telah sekian lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas.
Apakah revolusi di Tunisia ini mampu menjana kebangkitan warga Arab dan mengubahnya kepada pembebasan Timur Tengah? Tatkala Tunisia bergerak ke dalam kelompok negara-negara Timur Tengah yang memartabatkan demokrasi seiring dengan negara seperti Turki, namun untuk kebanyakan negara Islam lain, demokrasi masih lagi merupakan sesuatu yang sukar dikecap. Pakatan pembangkang di negara-negara seperti Mesir kini sudah menemui harapan baru menerusi perkembangan yang berlaku di Tunisia. Bantahan-bantahan di Kaherah dan di wilayah-wilayah sekitarnya telah mengubah tanggapan yang selama ini menganggap bahawa bangsa Arab dan umat Islam bersifat pasif dalam politik dan senantiasa cenderung terhadap otoritarianisme. Namun, apakah mereka akan diberi peluang yang adil? Rakyat Palestin pernah memilih pemimpin mereka menerusi pilihan raya namun kuasa Barat telah campurtangan dan mengubah peraturan pilihan raya tersebut.
Kenyataan asasnya adalah jelas iaitu AS mesti menghentikan sokongan terhadap pemimpin-pemimpin diktator dan kuku besi sama ada di Timur Tengah, Pakistan atau di Asia Tenggara. Apa yang berlaku di Tunisia sewajarnya diamati sebagai fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.
Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari artikel berjudul “Will Tunisia Be the First Domino?” tulisan Anwar Ibrahim yang diterbitkan di laman The Wall Street Journal pada 26 Januari 2011.
Cerita Bik Mama & Leila Ben Ali.
Di Malaysia, kita kenal dengan Rosmah Mansor yang mengaku sebagai Wanita Pertama; di Tunisia, Wanita Pertama mereka adalah Leïla Ben Ali.
Hari ini, media melaporkan bahawa Leïla telah melarikan diri dari Tunisia dengan membawa bersama 1.5 tan jongkong emas bernilai £35juta.
Bagi yang maseh belum tahu, kerajaan Tunisia di bawah pimpinan Presiden Zine el Abidine baru saja ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat pada 14 Januari yang lalu.
Leïla dikenali sebagai seorang wanita yang bercitarasa tinggi; meminati kereta mewah, pakaian berjenama dan suka membeli belah di Dubai.
Beliau dilahirkan pada 20 Julai 1957 dalam keluarga sederhana dan merupakan anak perempuan tunggal daripada 11 org adik beradik.
Leïla mendapat pendidikan formal setakat peringkat rendah dan seterusnya bekerja sebagai pendandan rambut. Beliau berkahwin dengan Zine el Abidine pada 1992 dan dikurniakan tiga orang anak.
Dua penulis Perancis ada menulis sebuah buku “La regente de Carthage” yang memperincikan salahlaku rasuah Leïla dalam pentadbiran Tunisia.
Leïla Ben Ali seperti mana Rosmah Mansor turut aktif dalam aktiviti yang dilihat berunsur ‘amal’ dan bersifat ‘manusiawi’.
Jika Rosmah menjawat Pengerusi BAKTI, Leïla pula memegang jawatan selaku Presiden Organisasi Wanita Arab (AWO).
Leïla juga merupakan Pengerusi Basma iaitu organisasi kebajikan yang berperanan untuk membantu golongan kurang upaya mendapatkan pekerjaan.
Pada Julai 2010, beliau menubuhkan SAIDA dengan tujuan membantu dan menyokong pesakit-pesakit barah di Tunisia.
Dalam tempoh menjawat pelbagai posisi istimewa ini, Leïla kerap hadir menyampaikan ucapan dalam acara-acara rasmi kerajaan.
Selain mengiringi suami dalam lawatan rasmi ke luar negara, Leïla juga kerap mewakili suaminya serta berucap dengan membaca teks ucapan suami.
Sosok seperti Leïla Ben Ali kini sedang meningkat naik di Malaysia dan muncul dengan nama Rosmah Mansor. Minat, sikap dan perwatakan mereka hampir sama.
Jika Leïla Ben Ali membawa lari 1.5 tan jongkong emas bernilai £35juta sejurus selepas digulingkan, apa pula agaknya yang bakal dicuri dan dilarikan oleh Rosmah Mansor seandainya ditakdirkan Barisan Nasional tumbang?
entri asal: http://www.najwanhalimi.com/
Rakyat perlu memandang serius berita terbaru berkaitan cubaan menggantung 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, yang telah diusulkan di Parlimen melalui Aturan Urusan Mesyuarat tanpa melalui notis 7 hari seperti kebiasaan.
Malaysia menuju demokrasi gelap! di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia “boneka yang dilacurkan” untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.
Saya mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.
Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang “mengikat” leher Rakyat, maka pelbagai helah & berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.
Melalui tindakan ini, tujuan mereka , tidak lain tidak bukan adalah untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen yang akhirnya membolehkan mereka meluluskan usul pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka . Kita boleh mengimbau sejarah lalu ketika Pilihanraya Umum ke-11 di mana modus-operandi yang sama digunakan untuk mereka memenangi lebih 2/3 majoriti di Parlimen.
Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke “ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berpelembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!”. Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!
Saya percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya Regim Najib Razak untuk terus berkuasa, ini mengingatkan rakyat tentang kes Perampasan Kuasa di Negeri Perak, mereka memperkudakan Sistem Kesultanan & Mahkamah dalam menjayakan misi jahat mereka.
HASANI MOHAMED.
Kelab Anwar Ibrahim(AIC)



































