Bukit Antarabangsa dan Kampung Berembang, kedua lokasi terletak di Ampang, umum mengetahui Bukit Antarabangsa merupakan lokasi kawasan mewah, menjadi kemegahan “Kaum Elit Degil” mendiami pinggir Ibukota, barisan Banglow yg setiap satu berharga jutaan ringgit, amaran saban tahun dikeluarkan selepas ranapnya Highland Tower 1993. Mereka berdegil mendiami pinggir Bukit ini, Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis dan VVIP . Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lagi ditempat lain.
Tidak terkejut semalam apabila TV3 memaparkan visual mengenai kemarahan Sang “Elit Degil” di hadapan YB Azmin Ali, TV3 seperti sifat biasanya akan mensensasikan sedutan video terbabit selama beberapa minit, kelihatan dia seakan dihasut Sambil mengamuk dan marah-marah, mengkritik MPAJ, memperli Pasukan Penyelamat RELA, Tentera & Bomba yg didakwanya hanya duduk goyang kaki sambil minum Teh Tarik.Ini jelas mengambarkan sebilangan penduduk Bukit Antarabangsa ego dan sombong serta lupa dan terlupa pada Yang Esa.
Di bawah ini adalah sedutan rakaman TV3 itu:
Manakala yang ini video kenyataan/keadaan sebenar Azmin dan “Si Pemarah” tadi:

