Nov 4

Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.

Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Ini berbeza dengan kecenderungan Pemimpin Negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman.

Mereka tidak berpijak di bumi nyata bila membicarakan  tentang pelaburan asing(FDI) yang merosot, sementara KDNK menguncup, defisit perbelanjaan terus bertambah, ini membayangkan urus-tadbir ekonomi yang kronik.

Maka demi menyedapkan halwa rakyat, mengumumkan projek Mega KL bernilai trillion ringgit? dan pembangunan “landmark” baru Menara Warisan mengingatkan kita tentang kegilaan Tun Mahathir berbelanja kekayaan negara.  Sedangkan jurang sosial masyarakat semakin hari semakin melebar, indeks rasuah yang membimbangkan dan amalan korupsi di kalangan terdekat terus dibutakan.


Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar.

Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita? saban hari lena di kaca TV media propaganda?

Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam.

Penulisan di atas ini adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku “Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan” hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia…Pandangan ini adalah dari perspektif Seorang Anak Muda yg mahu perubahan itu berlaku.

Untuk versi penuh anda boleh download disini

Nov 30
Barua ini terus menipu.
Posted by Truckster in Believe it or not?, Tutorial on 11 30th, 2008| | 3 Comments »

Selepas pendedahan berkenaan Penipuan Ustaz Arief Cakra Alam, seluruh Malaya gempar dengan isu ini. Bertambah meriah apabila TV3 melalui “Rancangan 360″ membuat interview bersama Ustaz Arief bagi meminta penjelasan akan ke”kantoi”an tersebut.

Melalui sedutan Rakaman 360 beliau kelihatan resah, ayatnya kelam-kabut, menggaru-garu hidung( yang mana perbuatan ini sudah diketahui umum sebagai satu tanda refleks jika seseorang itu berbohong).

“People tend to touch their nose and scratch their face when they lie.” — How to Detect Lies (Gecko & Fly)

Sedaya-upaya telah menafikan pendedahan video Youtube tersebut. Ke”kantoian”nya terserlah apabila pihak 360 meminta untuk merakamkan kaedah rawatan tetapi ditolak oleh Ustaz Arief.

Beliau mendakwa, Seorang penuntut warganegara Korea yang dengki dengan cara perubatan beliau sebab telah gagal untuk menguasai “Ilmu Keramat Cakra Alam” tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...