Radix Fried Chicken, KFC wannabe?
Perlumbaan untuk melawan monopoli Restoran KFC sebenarnya bermula pada “abad 90an” lagi, tetapi entah mengapa satu demi satu Syarikat ini berkubur, mungkin ianya hanya meniru bulat-bulat konsep dan hidangan KFC tanpa menimbang mutu dan selera masyarakat? ataupun mungkin selera masyarakat di BolehLand yang lebih memandang tinggi & gemar dengan jenama dari Barat? Owh sebelum terlupa Syarikat2 ini kebanyakan adalah bukan juga milik Orang tempatan. Restoran ini aku namakan “KFC wannabe”.
Paling last, Dulu2 di Bandar Manjung, Perak seingat aku ada satu cawangan Restoran KLG dibukak di belakang Kamdar, Kiosk KLG kelihatan sangat kool pada waktu itu, kerna KFC hanya boleh diakses di Sitiawan. Tanpa berlengah-lengah aku dah kawan2 pecahkan tabung ayam, turun untuk merasai kehebatannya, tetapi hampas dengan harga yang mahal dan rasa yang macam haremm, aku dan kawan2 membuat sumpahan yang “Restoran ini akan berkubur tanpa nesan”. Sebulan lepas itu tutup kedai.

Kini satu lagi Restoran “KFC wannabe” memasuki pasaran dinamakan “Radix Fried Chicken”.. Yaaa ianya Radix!
Apa yang dibanggakan RFC adalah milik penuh Orang Kita. Konsepnya adalah berlainan dengan barisan Restoran “KFC wannabe” yang aku senaraikan di atas, dengan harga set hidangan yang sedikit murah berbanding KFC (aku saspek tanpa caj cukai kerajaan yang terlampau itu).
Tags: Ayam RFC, HPA, KFC wannabe, Radix Fried Chicken